Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Majlis Tadarus di Masjid Kampung Sungai Liang
18/03/2024

tmjpm_180324.jpg

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan mengadakan Majlis Tadarus kedua berlangsung di Masjid Kampung Sungai Liang, Daerah Belait. 

Majlis Tadarus tersebut dikelolakan bersama Jabatan Tenaga dan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Liang. 

Hadir selaku ketua rombongan pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri (Tenaga), JPM, Yang Mulia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd. Hanifah. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga), Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra. 

Majlis didahului dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa barang keperluan masjid yang disampaikan oleh Yang Mulia Timbalan Menteri (Tenaga), JPM kepada Imam Tingkat III masjid tersebut, Awang Mohd. Ikhwan bin Irwandy. 

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan Tadarus Al-Quran bermula dari Juzuk 10 yang dimulakan oleh ketua rombongan majlis. Majlis disudahi dengan berbuka puasa serta menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib secara berjemaah. 

Sementara itu, Majlis Tadarus yang ketiga bagi JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya akan diadakan pada Khamis, 21 Mac 2024 di Masjid Kampung Belais, Daerah Temburong. 

Majlis-majlis keagamaan sempena bulan Ramadan merupakan antara aktiviti tahunan JPM bagi mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung. 

Selain itu, ia juga adalah bagi sama-sama menghidupkan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini serta merebut ganjaran pahala dan keberkatan yang dijanjikan Allah Subhanahu Wata'ala.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto